Resepi Ayam Panggang Nasi Ayam Mudah Hanis Zalikha

Selain nasi lemak, roti canai, nasi goreng dan kek. Nasi ayam adalah makanan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Kerana penyediaan yang senang dan ringkas serta sedap dan kena di tekak asia kita. Selain mendapatkan resepi di my resepi, cara buat nasi ayam juga boleh didapatkan di sini.

Kredit resipi adalah dari belog Hanis Zalikha

Untuk bahagian dalam ayam masak dengan lembut dan isinya tidak keras serta bertali-tali (I suka cakap isi ayam bertali-tali, paham tak, kalau makan KFC, bahagian yang kering-kering selalu isinya bertali-tali what the hell how do I describe it without sounding like a bimbo), kita kena rebus dulu. Air rebusan harus dibuat sedap supaya meresap dalam daging ayam maka bahan-bahan untuk air rebusan adalah hirisan:

1. Halia
2. Bawang putih
3. Bawang merah

Rebus selama setengah jam. Kuantiti bahan please agak-agak. Again, I tak suka sukatkan bahan. Sebab ayam anda dan ayam saya tidak sama, tiada ayam di dalam dunia ini yang betul-betul serupa, setiap ayam adalah unik dengan caranya tersendiri.

Langkah kedua adalah untuk perap ayam dan gantung selama sejam (namun, wah ada namun, terdapat konflik plot di sini, nantikannya...). Bahan-bahan untuk memerap ayam ialah:

1. Sos tiram
2. Kicap cair
3.Kicap manis
4. Kicap soya
5. Minyak bijan
6. Madu
7. Kisaran halia, bawang putih, bawang merah.

Lumurkan bahan-bahan tadi terhadap ayam anda. Anggaplah ayam itu bayi dan bahan tadi adalah Johnson Baby Wash maka sila handle bayi anda dengan penuh kasih sayang dan jangan sampai terhantuk besen. Pastikan setiap inci dilumur rapi.



Hasilnya

Comments