Super Easy Impressive Mushroom Soup Pasti Jatuh Cinta by Keknis

Harini nak share satu resepi yang bukan menu masakan melayu iaitu, mushroom soup daripada ig Hanis Zalikha. Yang pasti resepi ni mudah. Manalah tahu lepasni boleh buat tomato soup atau chicken soup kan haaa takpun pumpkin soup. Moh le kite check out recipe how to make soup ni:



Bahan-bahan :


  • Minyak zaitun
  • Cendawan butang (hiris dan cincang halus)
  • 1 tin cream of mushroom (brand Campbell)
  • Setengah tin air
  • Susu segar
  • Parmesan cheese
  • Serbuk lada putih
  • Garam


Cara-cara:

1. Panaskan periuk atau pan dan tuangkan sedikit minyak zaitun untuk menumis
2. Tumis cendawan butang yang telah dihiris, kemudian masukkan pula cendawan yang telah dicincang.
3. Kemudian, masukkan 1 tin cream of mushroom dan setengah tin air dan kacau sehingga rata.
4. Masukkan pula susu segar seteguk dua mengikut selera tekak masing-masing
5. Masukkan parmesan cheese sebanyak mana kesukaan
6. Masukkan serbuk lada putih dan garam secukup rasa


Sambil sambil tu jom tgk screencshot dari ig tuan punya badan


 
 

Comments